Pages

Saturday, 11 August 2012

Seperti dulu.. 14

Lagu Seperti Dulu -Forteen

Sehari terasa bagai seminggu
Sebulan terasa bagai setahun
Mencari cinta yang gugur
Dari genggamanku

Sejengkal terasa bagai sebatu
Saujana bagai tiada penghujung
Namunku tak putus harapan
Untuk berdampingan lagi

Korus
Seandainya nanti
Kita bertemu kembali
Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu

Setiap langkah ku makin percaya
Dirimu menanti ku akhirnya
Walaupun jalan berliku
Terbentang menunggu

Doa lagi..

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa  Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.

Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup. 



Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

doa pengasih
Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

Cara-caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 

Wasallam.


Pernah putus cinta x??

Assalammualaikum... 
blog yana kali ni na kongsikan cerita & tips dari sorang kawan blogger ni iaitu cik wanie..
dia de cerita camne seseorang yg putus cinta perlu lalui hari2 dia selepas bergelar single..
selepas yana baca.. yana rasa memang menarik.. & rasanya x salah if yana sharekan kat sini..
hehe.. pe lg.. jom2 kita baca.. 
semoga pada sesiapa yang berkenaan akan jadi lebih teguh + tabah.. yeah..!!
 
 
 
 
sapa yang penah putus cinta?? 
mesti korang rase sakit gile kan??
nak benafas pown rase cam dah tak mampu..
kalau putus tali kasut pun wanie akan rase sakit hati tahap maximum..
nie kan pulak putus cinta.. OMG..
Tuhan saja yang tahu perasaan kite waktu tu..
owg yang kite cinta tetibe stop call n msj kite YER LAA 
dah dah putus xkan die nak stay bazirkan kredit die kat kite.. 
ok meh ikot petua wanie..

Time termaktup jerk ayat 
"start waktu dan saat nie hubungan kite putus" 
peehh tebakau kan??kakaka.. 
dari start ayat tu kua dari mulut SI lelaki..
HARI PERTAMA
gegurl2 perlu nagis gile2..buat la cara camane cara nak menangis tu..nak menongeng ker.. nak meniarap ker..nak menjerit ker..nak rase kecewa tahap cipan ker..kowang buat laa..yang pasti kowang kene keluakan air mata penyesalan & kemarahan & kekecewaan tu.. Nak luahkan pada sapa2 pun kene hari nie jugak..hari petama kowng jadi single ok..pastikan kowng dah padam nombor SI lelaki dalam henset tu.. pastu dah malam..kowng kene tido..sebelum tido tu kene niatkan dalam hati.. xmo ingat kat laki tu lagi..pastu kene ikot cam wanie cakap cm nie.. "cayok2 wanie(nama kowng la)..ko pasti boleh lupekan die.." hahaha

HARI KEDUA
hari nie mesti mula xingat & tak pikir tentang die.. cube sebokkan diri walaupun bangun pagi kowng pasti akan tengok henset..haha..tengok jerk la tapi jangan tekan pape..dah bagun pagi..confrm akan solat subuh kan??time solat pastikan hati n jiwa kowng tenang..pastu selesai solat..BERDOA..agar jiwa raga ditenteramkan..mohon Tuhan bagi kekuatan untuk menghadapi dunia tanpa Si dia..dalam berdoa tu..mesti kowng akan nagis..hehe..xcaya try laa..tp past sudah berdoa tu jangan nagis lagi.. pegi la buat sarapan, kemas rumah ker..dengan erti kata lain saja menyebokkan diri.. kene sebokkan diri sampai malam tau..pastu kowng kene kua dari rumah, jagan sesekali duduk dalam bilik nanti boleh jadi gila..wakaka pegi la tengok wayang ker, pegi makan2 dengan membe2 ker, kalau xder duit nak pegi makan2 kowng kuar la pegi kat tempat2 bersejarah..leh la bergambar2..pastikan kowng gelak semau2nye ok.. confrm kowng dah mule tak ingat pada si dia..hehe..balik uma dah penat..mandi2..solat n berdoa mintak kekuatan pada Tuhan pastu zzzzzzzz...hihihihi


HARI KETIGA
kalau dah hari ketiga kowng teringat jugak kat die..korang cube pikir2kan perangai n kelakuan buruk SI dia.. pastu dah pikir benda buruk2..kowng cakap la dalam hati..isshh perngai buruk2 cam tu nanti kalau jadi suami aq boleh gila aq die buat..so otomatik kowng akan pikir2 kan negatif jerk tentang die..haaa lgi senang la nak lupe kan SI die..betul kan?? pastu kene tekat dalam hati yang  1 PERGI 10 DATANG LARRRR.. kikiki..haa lagi la boleh confident nak buang die dalam hati & ingatan.. dah hari ketiga mesti die xder hantar msj n call betul tak?? so kowng cakap la dalam hati die tak ingat kat aq..untuk ape aq ingat kat die..dah macam perempuan murah lak aq ne nak tehegeh2 kat lelaki...hahaha pastu sikit2 lame2 jadi bukit la kowng leh lupe kan die.. yang pasti waktu2 nie..kowng perlu dekatkan diri kowng pada keluarga & rakan2.. buat la sesuatu yang membolehkan kowng gelak..pastikan hati kowng gembira ok..


HARI KEEMPAT
haaa dah hari ke-4..mesti la dah lupe banyak2 kan sal laki kowng tu..so buat la cam hari ke-2 dan hari ke-3 tu selalu..menyebokkan diri na buat sesuatu yang boleh mendatangkan gelak ketawa..pastikan hari siang kowng begitu penat gile2..so malam hari tak kan sempat la kowng teringat kat si mamat tu sebab dah letih..naik atas katil jerk.confrm boommmm...tetido a ape lagi...hehehe kene ingat setiap ape yang berlaku pada kite smua telah tertulis.. kene terima qada qadar..setiap ape yang Tuhan bagi pada kita semuanya ada penyebab..mungkin die bukan jodoh kite.. Pasti kita akan dapat yang lebih baik dari tu.. sama jjerk dengan kata nie2..
 
sumber dari blog : blog cik chipsmore

Doa Ketenangan Hati..~

 DOA PENDEKAT JODOH

                         


DOA PUTUS CINTA (DOA MENGATASI KEKECEWAAN)

Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut:-

Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad -


(Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA)

Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.

Wallahu A’lam.

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG

Assalammualaikum....




Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

kita ingat 10 % apayang dibaca

kita ingat 20% apa yang didengar

kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

kita ingat 70% apa yang dicakapkan

kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

Belajar dalam persekitaran kondusif.

pastikan cahaya adalah terang

kurangkan gangguan bunyi

tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

kerusi dan meja menghadap kiblat

jangan lupa untuk senyum

Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

Tahu teknik merangsang memori:

memasukkan maklumat dalam memori (registration)

menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)

mengingat kembali (recall)

menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

Sentiasa awal dan mendahului:

persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.

belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

Mempunyai teknik membaca yang betul:

duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

memberikan tumpuan sepanuhnya

menggunakan jari telunjuk untuk membaca

menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

Tahu petua mengulang kaji

cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna

duduk tegak dikerusi yang selesa

baca doa penerang hati

baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

fikir dan ingat kembali isi utama

catat/lakar

semak semula ketepatan maklumat

ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

buat rumusan

jawab soalan

tampal maklumat yang rumit di dinding

baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

Tahu petua-petua agar tidak lupa:

jangan makan kepala ikan

jangan makan organ dalaman

jangan minum semasa makan

jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

jangan melihat kemaluan

jangan melihat buih

jangan membaca nama pada batu nisan

banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain

banyakkan makan kismis, kurma dan madu

banyakkan makan kekacang

pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

jangan makan sehingga terlalu kenyang

jangan kencing berdiri

Tahu kemahiran mengingat:

tampal nota-nota penting di dinding

tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

gunakan kaedah akronim

reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Cekap mengatur jadual belajar:

mempunyai jadual belajar

patuh kepada jadual

buat jadual yang boleh diikuti

Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

Pelbagaikan tempat belajar.

Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

Ciri-ciri pelajar cemerlang:

taat kepada Allah

mendirikan sembahyang

menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka

hormati ; sayangi guru

bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.

suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari

membantu rakan yang memerlukan

berdoa dan bersyukur kepada Allah

sentiasa bertawakal

mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya 


Sumber dari blog http://www.greenappleku.com/2010_05_01_archive.html

~~HotteSt & CharMiNg~~