Assalamualaikum..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghembuskan nafas lagi pada hari ini, dan juga syukur dipanjatkan kepada illahi kerana dapat bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Pagi ni cuaca sememangnya tenang walaupun sekarang negara kita sedang dilanda kemarau atau pun dalam nama lainnya "El Nino", diharap semua umat islam dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan jayanya, InsyaAllah.. =)
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan dengan sebaiknya dengan melakukan ibadah-ibadah seperti menunaikan solat di awal waktu, memperbanyakkan sedekah, membaca Al-quran, selawat, berzikir dan pelbagai lagi.
Dan yang paling penting...
Bersihkan Hati
Jernihkan Fikiran
Sucikan Perbuatan
Subhanallah, cantik masjid ni.
P/S: Gambar ni adalah dari bahagian dalam kubah masjid Al-Bukhary yang
dibiayai pembinaannya oleh Yayasan Albukhary (ditubuhkan oleh jutawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary)
dibiayai pembinaannya oleh Yayasan Albukhary (ditubuhkan oleh jutawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary)
Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini =)