Perbalahan
sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan
bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun
takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam
percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut
emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.
Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti
menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa.
Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu
tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak
selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati
terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain
dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah
lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan
kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk
menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak
berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu
benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas
untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah
dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa
kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah
idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan
bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu
perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda
betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan
pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri,
adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda
sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat,
merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking
amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang
membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang
diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan
lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat,
janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it
too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas
cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang
sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada
waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan
anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda
pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir
panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan
perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah.
Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa
contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda
kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan
terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga
perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu
hanya pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi
pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya
beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi
disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti,
bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi
penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak
kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal
pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari
penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang
banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan
satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama
selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca
mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat,
jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda
pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh
menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku,
fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan.
Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam
perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan
lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan
baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat
dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain
melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat
“eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang
sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat
kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua
PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila
bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku,
dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat,
terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik
atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu
je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat,
marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan
pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk
tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap
ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung
menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan
baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
.
p/s
: Jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap perpisahan
adalah penyelesaian segala-galanya. Renung2kan…Peace no war!!