Penah makan macaroons x?? alaa.. yg warna warni tu.. skrg ni pn da hOt diperkatakn.. huhu..
Macaroons ni de byk kaler & perisa.. tu la salah 1 sebab yg menguat kn aku na mencuba rasa mende ni.. cantik sgt tgk colourfull cmtu.. nak2 lg leh lak dimakan.. spt yg aku tao, de vanilla.. strawberry.. coklat..peanut.. mint..kopi.. n byk lg... tgk tempat yg jual gk.. bg aku, x smua kedai yg jual mende ni mempunyai rasa yg sme bg stiap perisa.. if na selamat time 1st time beli n bila mkn tu terus rasa sedap kn.. korang try la strawberry, coklat n kopi.. hehe... mmg mcm tu je la rasa dia.. =P
Ok.. ni kt bwh ni de resepi utk membuat MacarOons.. seLamat Mencuba..~~ ^_____^
p/s: da wat tu leh la post kt aku sket.. haha..
Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar
filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
cara:
- ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
- ketepikan
- pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
- masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
- kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
- masukkan adunan ke dalam piping bag
- dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
- lakukan sehingga habis
- setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
- ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
- kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
- biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
- untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
- kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
- simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan
notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat.
''Rasa biskut ini lebih sedap jika disimpan dahulu dalam peti sejuk dan sesiapa sahaja yang telah mencuba Macarons pasti akan mula 'ketagih' untuk mencari biskut ini yang sememangnya mempunyai rasa yang luar biasa,'' katanya.
Info & Resepi dari bLog ( NANA + AMIRUL =DAMIA ) ^____~
No comments:
Post a Comment