CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI
(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)
Budi bahasa
itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan
cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..
Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang
ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi
berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat
lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk
sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke
pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira
adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul
isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan
mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling
baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan
tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak
sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7)
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar
sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama
lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah
mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang
kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat
untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu,
apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab
di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban
kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,
agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi
tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar
oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan
penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di
dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10)
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke
tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung
tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di
depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah
terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di
waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah
baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13)
Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah
seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.
Dikirim dalam CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI
No comments:
Post a Comment