Pages

Tuesday 8 November 2011

Sakit..!

•kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang..
•kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji..
•kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan..
•kerana hati manusia itu :
~> terlalu bernilai untuk disakiti
~> terlalu mahal untuk disia-siakan
~> terlalu berharga untuk dihancurkan ...
 pada yg ingin bercinta tu.. hOpe sgt jgnla korang sakitkan hati org yg sudi terima cinta korang tu.. sebab diorang x tau pe keadaan sebenar korang untuk masa yg akan dtg, mungkin sekarang ni bila dorang da mula menerima cinta anda, dorang da serahkn sepenuh hati dorang tu pd korang sebab korang menjaminkan yg kebahagiaan itu milik mereka. korang yakinkan kt diorang yg korang ni la manusia yg akan menjaga dorang sehingga ke akhir hayat mereka.. hmmm.. tapi malangnya.. langit x selalunya cerah.. sampai 1 masa, secara tiba2 pn korang leh berubah.. masa tu dengan mudahnya korang ucapkan berbagai-bagai alasan untuk mula menjauhi diorang yg korang berikan harapan tadi.. diorang yg korang berikan kepercayaan untuk serahkan hati diorang tu kt korang.. hmmm.. pernah korang pk x if korang ni kt tempat org yg korang kecewakan tu.. pernah?? korang de bayangkan x keadaan dorang tu cam mana? x semua manusia tabah.. setabah-tabah dorang pn, dalam hati menangis meraung..! tolongla adakan sifat keperimanusiaan dalam hati korang tu.. xpernah ke korang sayang kt org yg korang kecewakan tu..? walhal org tu la yg selalu ada masa korang susah/senang.. disebab kn de org yg baru, korang da berpaling tadah.. manusia.. sekelip mata je boleh berubah.. tanpa kenal erti pengorbanan.. kesetiaan.. n kenangan yg telah korang lalui sepanjang saat indah korang waktu bercinta dlu..  x terpikir ke korang yg Allah tu maha adil & berkuasa.. setiap hamba2nya yg menzalimi, pasti mendapat balasan.. cuba bayangkan if org yg baru korang excited na "ayat" tu 1 masa nanti wat benda yg sama jgk mcm korang wat kt partner lama korang yg dlu tu.. cubala pk secara matang + jauh kedepan skit.. hmmm.. entahla.. (kalau melukakan hati org tu mmmg hobi dia la kot T_T )
Bercinta mmg mudah, untuk dicintai juga mudah..tapi untuk dicintai oleh org yg kita cintai itulah yg sukar diperoleh.. pedih kan hati bila org yg kita cinta & harapkan dah x menghargai kita.. hmmm... kenapa mereka tu bercinta dgn kita masa mula2 kalau x nak jd pencinta yang setia..?? kenapa ye? korang leh jwb x?? kenapa?? hmmm.... 
Bertemulah kerana Allah dan berpisahlah juga kerana Allah.. Seandainya dirimu bertemu seseorang untuk dijadikan pasangan kerana Allah Ta'ala, maka berpisahlah seketika kerana Allah juga, agar terjagalah hubungan itu dalam keredhaanNya sehinggalah ikatan halal terjalin yang menyatukan dua jiwa.

Sesungguhnya orang yang ikhlas mencintai seseorang keranaNya dan meyakini sepenuhnya akan jodoh adalah ketentuanNya, pasti tidak akan gusar dan gelisah jika terpaksa dahulu berpisah, kerana hatinya yakin pada ketentuan dan takdirNya pasti ada hikmah, dan semua itu telah termaktub didalam KalamNya yang mulia...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”. [Ar-Ruum ayat 21]

Dan bagi orang yang benar-benar beriman, pasti akan meyakini sepenuhnya akan janji-janji Allah Ta'ala.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)....." [An-Nuur ayat 26]

Maka seseorang yang beriman tidak akan sesekali kecewa dan bersedih jika masih belum tiada sesiapa ditakdirkan untuknya dan tidak pula resah gelisah jika perlu berpisah buat sementara samada berbentuk pertemuan, bicara dan sebagainya disebabkan masih tiada lagi ikatan halal bagi jiwanya, demi untuk memperolehi keredhaan dan keberkatanNya, kerana dirinya tetap yakin dan percaya pada takdir dan ketentuanNya adalah terbaik untuk makhluk-makhluk ciptaanNya.

Jika itulah ditakdirkanNya seseorang itu milikmu, tiada sesiapa yang dapat menghalangnya, dan jika itu ia bukan milikmu, meskipun sudah dalam 'genggaman', akan terlepas juga akhirnya.

Ingatlah bahawa pertemuan itu Allah yang aturkan, dan perpisahan itu juga Allah yang tentukan. Oleh itu, biarlah pertemuan itu selari dengan setiap syari'atNya dan perpisahan itu mengikut segala kehendakNya. Bertemu dan berpisah kerana Allah Ta'ala, insyaAllah pasti akan mewujudkan kebahagiaan yang tiada bandingannya.

Pertemuan kerana Allah, maka perpisahan pun pasti kerana ALLAH. Jangan bersedih untuk sebuah perpisahan kerana setelah perpisahan itu, telah menunggu pertemuan yang lebih indah...

Hakikat Allah pasti telah siapkan pertemuan-pertemuan lain yang lebih indah. Kerana disebalik apa yang terjadi didunia ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi..~
♥ ..."Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kpd kami ketika kesedihan mengisi hari kami, kemanapun kami melangkah Engkau menyertai kami, dlm kehilangan, kesakitan, kesepian, & terluka kami. Kuatkanlah kami dlm menjalani hidup ini untuk menebarkan cinta & kasih sayang bagi sesama insan..." ♥
Amin ya rabbal alamin..~~ T_T
Post by :: Hati yg kau lukai..
thanks cz sudi membaca...



 

~~HotteSt & CharMiNg~~