Pages

Monday 30 June 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1435H / 2014

Assalamualaikum..
 Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghembuskan nafas lagi pada hari ini, dan juga syukur dipanjatkan kepada illahi kerana dapat bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Pagi ni cuaca sememangnya tenang walaupun sekarang negara kita sedang dilanda kemarau atau pun dalam nama lainnya "El Nino", diharap semua umat islam dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan jayanya, InsyaAllah.. =)

Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan dengan sebaiknya dengan melakukan ibadah-ibadah seperti menunaikan solat di awal waktu, memperbanyakkan sedekah, membaca Al-quran, selawat, berzikir dan pelbagai lagi.

Dan yang paling penting...

Bersihkan Hati 
Jernihkan Fikiran
Sucikan Perbuatan



Subhanallah, cantik masjid ni.
P/S: Gambar ni adalah dari bahagian dalam kubah masjid Al-Bukhary yang
dibiayai pembinaannya oleh Yayasan Albukhary (ditubuhkan oleh jutawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary)


Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini =)


Monday 5 May 2014

Ooo.. Baru Saya Tahu


Assalamualaikum...
Hari ni rasa macam free je, so nak update la entry baru.. =)
Emm, nak tao x hari ni yana baru tao yang kunyit rupanya banyak khasiat untuk orang perempuan ni.
Yela.. selama ni pun yana guna kunyit untuk goreng2 ayam ke, masak lemak ke.. untuk sotong goreng kunyit ke.. selalunya guna untuk yang macam tu je la pun.  Rupanya la kan memang kita orang-orang perempuan ni seharusnya berkawan baik dengan kunyit. Lebih-lebih lagi kunyit hidup.  BFf ok.. Haha..
Kaum lelaki pun apa salahnya amalkan pengambilan kunyit ni, memang banyak kebaikannya.



Gambar : Ihsan dari Google


Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang. 

Emm, meh kita review satu2 Khasiat Kunyit ni untuk badan kita okeyh..!

Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. 
Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.  Melancarkan Perjalanan Darah
  1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
  2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
3. Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. 
Minum airnya tiga kali seminggu.

4. Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Selain itu ni ada lagi yana dapat dari blog ni : http://alongeta.blogspot.com/2013/10/khasiat-kunyit.html
  • Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar.
  • Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2.
  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
  • Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang..
 
Cara membuat jus KUNYIT
  •  Sediakan 1 ruas kunyit, bersihkan dan tumbuk sehingga halus. Rendamkan dengan air suam selama 20 minit, lepas tu da boleh minum.. Sebaiknya minum 3kali seminggu.
  • Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.
  • Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..

 Ok tu saja untuk entry kali ni, Terima Kasih kerana sudi membaca.. ^_^




Saturday 26 April 2014

The Biggest One Ever..

Assalamualaikum....

Hye2.. ni nak cite tentang pavlova yang yana buat aritu.. dah lama da buat tapi rasa macam nak share jugak kat cni.. sebab apa yana nak sangat share?? sebab... ni adalah pavlova yang paling besar yana pernah buat dan setakat ni, yang ni la antara rupa pavlova yang paling marvellicious dan berjaya.. haha..
fuhh3x (cakap sambil tiup2 hujung jari) hihi..

ok, meh la tengok gamba pavlova yana yang menggebu gebas ni..









Wednesday 23 April 2014

Pekerja Sambilan Harian

            Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. pada 1 April yang lalu saya da start keje da sebagai Pembantu Tadbir N17 (Sambilan Harian) di Kementerian Kesihatan Malaysia.  Walaupun untuk kerja ni saya hanya menggunakan gred SPM je, dan bukan diploma ataupun ijazah saya, tapi bak kata ibu saya, xpe.. kak long kerja je dulu.. cari pengalaman dulu k.. yup.. itulah yang saya pegang sampai hari ni.. setakat ni da nak masuk sebulan da.. Ye la.. da hampir 3 bulan saya duduk je kat rumah tu wat keje rumah je.. at least dengan adanya kerja ni, dapat la saya isi masa lapang, cari ilmu tambahan, dan isi dompet saya and akaun bank saya yang da semakin susut tu haa.. hehe.. so far bekerja di sini memang banyak pengalaman baru yang saya dapat.. Terutamanya dalam penggunaan Microsoft Excel. 

             Memang Wow la.. banyak sangat benda baru yang saya belajar.. tentang nama2 penyakit and nama saintifik la, tentang jawatan2 doktor, jenis2 gred dalam jawatan doktor, pengurusan data2 doktor and pekerja jawatan tertinggi dalam kementerian kesihatan ni.. macam2 lagi la.. hehe.. banyak jugak yang saya da lupa tentang Excel ni masa saya belajar zaman2 study dulu. (eh, belajar dgn study tu bukan sama ke? haha.. =P)
Emm.. tu la.. rasa bersyukur sangat.. setiap tempat baru yang saya pergi, semuanya memberikan saya pelajaran baru yang sangat2 berguna untuk saya.. syukur Alhamdulillah.. Hope lepas ni saya dapat berkerja dengan lebih baik dan yang paling penting dan saya harapkan adalah untuk dapat kerja tetap.. InsyaAllah.. Tolong Doakan saya jugak ye..


Terima kasih kerana sudi membaca.. ^_^

~~HotteSt & CharMiNg~~