Pages

Wednesday, 17 July 2013

Shepherd Pie Yana..!~ yuMmy3.. ^_^



Assalamualaikum... 
Hye.. lamanya yana x buka blog ni.. huhu.. xpe2.. now yana da free.. sebab apa? sebab yana da abez study.. tinggal na praktikal je 1 sem lagi.. Yeay..!! hehe..
Sekarang kan da bulan ramadhan.. Hari ni yana masak Shepperd pie untuk berbuka tadi..
sempena birthday mak bulan 7 ni dan adik yana pun balik.. 
tu yang jadi rajin tetiba ni haa.. hehe.. Alamak.. sorry sangat sebab yana x boleh upload gambar pie ni lagi.. xde masa na transfer ke lappy ni.. Next time yana update lagi sekali, yana upload pic pie yana ni ye.. hehe.. kali ni yana share kan resepi dulu.. 

MASHED POTATO

10 biji kentang - rebus hingga empuk
5 sudu besar butter
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Keju (x kesah parmesan or cheddar, ikut suka hati korang =)
>keju ni untuk tabur kat atas sebelum dibakar<


BAHAN-BAHAN INTI :

1 peket daging cincang
3 biji bawang besar potong dadu
2 sudu besar tepung gandum
Garam

3 sudu butter
1 sudu minyak
Serbuk lada hitam secukupnya
Mix Vegetable secukupnya


CARA MEMASAK BAHAN INTI :


Panaskan minyak dan butter , masukkan bawang besar, goreng hingga layu . Kemudian masukkan daging, goreng hingga daging masak kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata . Masukkan mix vegetable dan black pepper . Kacau rata, goreng hingga daging empuk . Masukkan garam, kacau sebati . Tutup api dan ketepikan.

CARA MEMASAK MASHED POTATO :

First, rebus kentang sehingga empuk, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dilenyek sehingga hancur . Masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang lenyek . Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati semua bahan-bahan ni .

PENYEDIAAN SHEPHERD PIE :

Sediakan bekas acuan, masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas dan masukkan bahan inti daging dan ratakan. Kemudian masukkan mashed potato ke atas inti daging tadi dan ratakan .Tekan mashed potato ni supaya melekat dgn inti daging. Buat corak garisan diatas mash potato dengan menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya . Taburkan keju/cheese di atas shepherd pie yang sedia untuk dibakar itu.  Selepas tu, bakar pada suhu 180`C selama 30-40 minit atau sehingga bahagian atas mash potato tu kelihatan kekuningan dan sedikit garing.










Thursday, 7 February 2013

Super Kreatif & Menarik

Assalamualaikum.. Hye.. nothing much to say here..
jom join yana tengok gambar-gambar kreatif ni..

Check this Out yeah..! (^_~)
.
.
.
.



 


 

 

 Menarik kan? ada rasa na try snap gambar mcm ni tak?? hehe..



There was an error in this gadget

~~HotteSt & CharMiNg~~