Pages

Monday, 5 May 2014

Ooo.. Baru Saya Tahu


Assalamualaikum...
Hari ni rasa macam free je, so nak update la entry baru.. =)
Emm, nak tao x hari ni yana baru tao yang kunyit rupanya banyak khasiat untuk orang perempuan ni.
Yela.. selama ni pun yana guna kunyit untuk goreng2 ayam ke, masak lemak ke.. untuk sotong goreng kunyit ke.. selalunya guna untuk yang macam tu je la pun.  Rupanya la kan memang kita orang-orang perempuan ni seharusnya berkawan baik dengan kunyit. Lebih-lebih lagi kunyit hidup.  BFf ok.. Haha..
Kaum lelaki pun apa salahnya amalkan pengambilan kunyit ni, memang banyak kebaikannya.



Gambar : Ihsan dari Google


Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang. 

Emm, meh kita review satu2 Khasiat Kunyit ni untuk badan kita okeyh..!

Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. 
Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.  Melancarkan Perjalanan Darah
  1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
  2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
3. Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. 
Minum airnya tiga kali seminggu.

4. Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Selain itu ni ada lagi yana dapat dari blog ni : http://alongeta.blogspot.com/2013/10/khasiat-kunyit.html
  • Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar.
  • Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2.
  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
  • Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang..
 
Cara membuat jus KUNYIT
  •  Sediakan 1 ruas kunyit, bersihkan dan tumbuk sehingga halus. Rendamkan dengan air suam selama 20 minit, lepas tu da boleh minum.. Sebaiknya minum 3kali seminggu.
  • Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.
  • Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..

 Ok tu saja untuk entry kali ni, Terima Kasih kerana sudi membaca.. ^_^




There was an error in this gadget

~~HotteSt & CharMiNg~~