Pages

Tuesday 31 January 2012

Bukan senang melayari bahtera rumahtangga...~

Salam...~ hye.. tgk tajuk kat atas ni.. bkn men lagi kan yana ni.. macam da kawen lak.. ececeh.. huhu.. sebenarnya yana tertarik dengan 1 blog ni, de kakak ni dia cerita kisah alam rumahtangga.. so yana rasa x salah kalau yana baca.. sebab 1 hari nanti pn yana bakal menghadapi alam rumahtangga.. InsyaAllah.. emm, then pas baca je yana rasa penulisan kakak ni bagusla.. so ni yg yana share kan kt blog yana.. boleh la kawan2 yg sudi menjengah ke sini baca.. huhu. k.la.. tu je celoteh yana.. hehe.. silakan membaca cerita kakak tu...~~
 
>> Ya….tidak mudah. Berkahwin bukan hanya menuntut kehendak nafsu. Berkahwin memerlukan kesungguhan. Mampukah kita menghadapi orang yang sama yang belum tentu menepati citarasa kita seumur hidup?

Mudah sungguh anak muda melafaz janji sehidup semati. Di usia yang masih hijau muda. Baru bertunas dan belum berputik pun kematangan. Di usia belasan tahun. Bukan tidak ada yang berjaya. Ada juga yang berbahagia hingga ke akhir hayat. Tapi, pernah kah kita tanya mereka yang berjaya, apa yang mereka lalui?Bukan hanya cinta. Bukan hanya sayang. Tapi mereka berteraskan iman. Mereka menjadikan taat dan setia, jujur dan amanah sebagai teras kejayaan mereka. Bukan mudah bertegas untuk semua itu.

Saya takut memikirkan anak-anak, lebih lagi anak saya semua perempuan. Sekarang, saya faham perasaan mak dan ayah saya. Mengapa mak selalu risaukan siapa pilihan hati saya. Alhamdulillah, dari beberapa lelaki yang saya temui, ALLAH telah jodohkan seorang yang sangat menghargai saya, dan tahu membimbing saya serta penuh dengan kasih sayang dijiwanya untuk saya. 

Rumahtangga saya pun masih baru. Baru melepasi tahun ke 6, beberapa bulan yang lalu. Untuk memahami dia, bukan mudah. Memahami diri sendiri juga tidak mudah. Ada kalanya, saya tidak tahu apa yang saya mahu. Tapi, bila saya duduk dan berfikir, kini hidup saya hanya untuk suami dan anak-anak. Saya hanya perlu ada satu tujuan,menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Entah mampu saya capai, entah tidak. Semangat yang tenggelam timbul ini amatlah menduga melayari rumahtangga…..walaupun ALLAH telah menghadiahkan SUAMI YANG TERBAIK buat saya.
Saya ingin bertanya kpada adik-adik perempuan semua, bersediakah kamu menghadapi cabaran yang berbeza? Tidak sama cabaran setiap orang. Mungkin di awal perkahwinan. Mungkin ditengah perkahwinan. Mungkin di akhir hayat kita. Mungkin juga sepanjang kita bersama dia….. Persediaan yang saya maksudkan, bukanlah dari segi material, fizikal ataupun cinta. Persediaan yang perlu kita ada ialah dari segi mental dan hati. Ikhlaskah kita menerima kekurangan dirinya? Sediakah kita dengan reaksinya bila dia melihat kekurangan yang ada pada kita?
BERSEDIALAH UNTUK MENJADI PENYABAR, PENYANTUN DAN PENYAYANG. Bersedialah meletakkan dia lebih atas dari ibu bapa kita. Kerana bagi seorang isteri, ALLAH AKAN REDHA BILA SUAMI REDHA PADANYA……

Renungkanlah adik-adik ku semua….


No comments:

Post a Comment

~~HotteSt & CharMiNg~~